Selamat Hari Raya

Wednesday, September 15, 2010

Halo..
huhu... I not post anything within 5 months!!
Malas kah saya?

Agak malas la juga..
hehe..

So, di kesempatan ini, shida nak ucap

Selamat Hari Raya
Maaf zahir & batin

bila free, datang beraya ye di rumah saya...

saya nantikan kedatangan semua..

muahh!!!

** saya sebenarnya teringin nak beraya kat SEGAMAT yang saya rindu tu, ada sapa2 nak ikut saya tak??**

syukur

Wednesday, March 17, 2010

Halo..
Dah lama shidatak tulis apa-apa kat blog shida ni..
Agak malas sebenarnya..
Lagi-lagi sekarang bekerja di tempat baru..
Jadi kene belaja menyesuaikan diri di tempat baru..

Syukur alhamdulillah..

Semua nya baik kat sini..
Walaupun sebelum ni shida tak pernah buat kerja-kerja dlm position shida skrg,
tapi sebab semua staff kat sini sangat la baik,
shida dapat menyesuikan diri dan dapat belajar semua ilmu baru ni dengan tenang dan senangnya..

Sekarang shida incharge bahagian purchasing..
Kerja yang shida tak pernah buat seblum ni..
Walaupun masih related dgn account, tapi agak rasa jangkal pada awalnya..
Bertambah-tambah risau bila senior-senior kat cini dh nak resign..
huhu..
tp syukur sangat sebab masih ada orang yang sudi nak tolong shida..
tolong tunjuk ajar pada shida..
kalau mereka semua ni xde, memang teramat la susah nya shida nak berhadapan dengan semua ni..

TO K.SHIDA n A.ZAIDI

Thanks you very much.. even shida cume sempat kenal dgn mereka berdua 3 hari je, tp banyak ilmu n tunjuk ajar yang mereka dh beri pada shida...

i love money...

Wednesday, February 24, 2010

saya rasa nak menulis
tapi nak cerita pasal apa ye

hmm...

minggu ni saya agak sibuk

khamis saya ada hal
jumaat pun ada benda nak buat
sabtu pun sama

money
money
money

making a money
hee~

i luv money
..hahaha..

~yang lain pun saya sayang juga~

horrey!!

Friday, February 12, 2010

my blog back to normal..

yeah!!

saya sangat suke...
(terpaksa duduk berjam td nak betulkan balik..huhu.. xnak gatal2 dh)

adoi...

huhu..

saya telah melakukan sesuatu yang tak betul pada blog saya..
dan saya perlu betul kan semula blog saya..

dan...

saya tak suka apa yang saya dah buat ni..

sebab

banyak benda kat blog saya dh hilang...

sob...sob...sob..

tu la gatal sangat tangan ni...!!!!!

hari ini

Wednesday, February 10, 2010

10.02.2010

Dah dekat separuh bulan Februari...
Ya Allah, cepat nya masa berlalu..
Masih banyak lagi benda yg nak
dikejar..
dicari..
dicapai...

MAMPUKAH SAYA?
(saya mengharapkan sesuatu yang t'baik dalam hidup saya, jadi saya perlu lakukan yang terbaik untuk itu)

saya teringat kata-kata seorang sahabat...

" Kadang-kadang Tuhan tidak bagi kita apa yang kita ingin atau harapkan, tapi DIA bagi kita apa yang kita perlukan sebab DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA"

dan saya mengakui kebenaran kata-kata itu..

-thanks laila,saya tahu kamu seorang sahabat yang baik, semoga kamu dirahmati Allah selalu-

saya rasa................

Wednesday, January 13, 2010

Ya ampun.. sudah lama saya x update blog ni..
Kenapa la wahai Shahida, ada kah kamu semakin malas..??
Oh.. Tidak.. Saya sekadar ketandusan idea untuk menulis..

Dah masuk 2010 dah.. dah nak masuk pertengahan bulan Januari dah..
Pejam celik.. pejam celik...
Berakhir Januari..

Cepat sungguh masa berlalu..

Apa yang saya nak buat tahun ni..?

Jawapan : Macam-macam..

Persoalan : Mampukah?

Tindakan : Saya mesti cuba untuk lakukan nya dgn terbaik..

Ish.. apa yang saya merapu ni, nie petanda saya masih kekosongan idea.. huhu...

Just nak share, hari tu saya ada pergi interview
(haha, intervw lagi, dh jadi hobby dh)
Tak salah kan mencuba peluang yang ada di depan mata...
Sekiranya rezeki berpihak kepada saya, alhamdulillah..
Jika tidak, sekurang-kurangnya ia menjadi satu pengalaman berhadapan dengan pelbagai ragam manusia.. Menarik sebenarnya...

Apa yang saya nak cerita di sini,
saya berbangga menjadi salah seorang pelajar UiTM..
Dulu saya pernah dengar orang mengumpat saya
(bila dh dengar, dikira sebagai umpatan ke? confuse sendiri)

Manusia tersebut berkata: "ala, masuk uitm je, senang je org nak masuk uni tu, xpayah susah-susah pun"

HELLO...

saya agak marah dgn statement tu.. tp saya siapa untuk marah mereka yang lebih berusia dari saya..

hati saya berdetik

"BIARKAN MEREKA..."

................. tinggalkan mereka seketika .....................

saya nak cerita apa yang berlaku masa intervw tempoh hari...

Interviewer meminta saya memperkenalkan diri, berborak seketika...

Kemudian dia berkata (dia seorang berbangsa cina),

man: ' is it u Uitm student?'

saya : yes i am, why sir? (saya agak confuse dan agak berdebar-debar dlm hati, dia x suke ke?, baru mula intrvw ni..)

man : I will noticed, because most of UiTM student will speak in English very well...

saya : Oh..really? Thank you sir.. (saya tersenyum, hati berasa puas, bukan kerana pujian tetapi sekurang-kurangnya sesi intervw saya bermula dgn sesuatu yg baik!)

dalam hati saya, sekurang-kurangnya saya tidak malu kan nama universiti yang saya bawa..
(teringat-ingat pesanan ini dari semua lecturer saya, jgn malu kan nama tmpt kamu menuntut ilmu)

..... end .....

bukan saya nak tunjuk lagak di post kali ini..
sekadar ingin berkongsi rasa...

apa yg saya ingin kongsikan:
1) biar org mengata kita - sebab itu sebenarnya penguat semangat kita untuk berjaya...
2) jangan malu di mana tempat kamu belajar walaupun ia cuma sebuah pondok usang
- sebab di situ kita perolehi ilmu...

saya tidak berniat untuk berbangga diri...
saya tidak berniat untuk merendah kan siapa-siapa..
saya tidak berniat memperkecilkan hati sesiapa..

Tapi rasanya x salah saya meluahkan apa yang saya rasa

sebab saya tahu,

semua pun boleh meluahkan apa yang mereka semua rasa....


-maafkan saya-

...::kawan-kawan::....

Monday, December 7, 2009

Kehidupan ku mula berubah..


Kadang-kadang rasa amat rindu kehidupan lama..
dgn kawan-kawan...
saya masih belum jumpa kawan-kawan baru yang 'seenjoy' kawan-kawan lama saya..
mungkin peringkat umur yang berbeza membuat cara pemikiran masing-masing berlainan..

saya RINDUKAN kamu semua...
saya RINDUKAN saat-saat dengan kamu semua..
saya RINDUKAN gelak tawa kamu semua..
saya RINDUKAN gurau senda kamu semua...
saya RINDUKAN usik usikan kamu semua..

saya RINDU semua sebab semuanya amat berbeza...
kadang-kadang saya amat berharap dapat jumpa semua kawan-kawan saya..
tapi saya tahu, tak mudah nak kumpulkan semua sebab semua kawan-kawan saya ada komitment masing-masing..

Kawan-kawan
Saya amat RINDUKAN kalian

..Interview..

Friday, November 13, 2009

halo kawan-kawan..

Pagi tadi shida g interview.. alhamdulillah semua nye berjalan lancar.. shida harap sangat shida dapat kerja balik lepas 3 bulan berehat panjang....

Rasanya dah cukup lama berehat dan perlu mula bekerja balik.. hidup perlu diteruskan... hee~

Biasa la bila interview macam-macam soalan yang dia bagi.. td antara soalan yang dia tanya pasal "how to record account receivable transaction?" Interviewer bagi situations and shida kene record.. mula la shida menyebut debit and credit selepas lama tinggalkan benda tu (3 bulan lama tau).. rasa macam kene soal dengan lecturer je.. hee~ nie 1st time interviewer suruh record transaction.. interview sblum2 ni x de yang suruh buat journal entries.. huh, nasib baik x kaku + blank.. alhamdulillah..

Dan seperti yang shida dh jangkakan mesti dia akan tanya soalan ni...

"WHY YOU LEAVE YOUR COMPANY BEFORE??"

and ni la part yang paling shida x suke untuk jawab sebab sampai sekarang shida tak tahu apa jawapan yang patut shida bagi walaupun shida dh rasa soalan yang ni yang akan ditanya...
(ada sape-sape nak tolong bagi kan jawapan tak?)

and bila dah start jawab mula la kluar soalan-soalan lain yang berkaitan dengan soalan di atas..

WHY? WHY? n......... WHY?

hok..hok...

dan semestinye masa tu berputar-putar dalam kepala shida jawapan-jawapan yang perlu shida bagi dan sekaligus berharap soalan-soalan ni akan berakhir dengan cepat nya..

tak pe la...

shida yang mewujudkan keadaan tu, dan shida perlu berhadapan dengan keadaan seterusnya...

...:: saya tak tahu knp saya rasa nak cite pasal interview kali ni berbanding dgn interview2 lain ::...

..The Final Doremon...

Sunday, November 8, 2009

salam..

Lama nya tak tulis apa-apa dalam blog ni.. nak mewujudkan satu blog tu mudah.. tapi untuk memastikan ia selalu update, amat la sukar.. huhu..

Kali ni shida nak share sesuatu..

Orang kata kehidupan sesorang manusia tu boleh berubah jika ada berlaku sesuatu dalam hidupnya terutamanya bila yang berlaku itu melibatkan seseorang yang sangat penting dalam hidupnya..

Berubah kepada yang lebih baik atau sebaliknya adalah terletak kepada individu itu sendiri..
Alangkah beruntungnya jika perubahan yang berlaku itu membawa dirinya ke arah yang lebih baik.. bermakna apa yang berlaku itu membawa kebaikan..

Tetapi,

Jika yang berlaku itu membawa diri mereka kepada sesuatu yang tidak membawa kebaikan kepada nya, adalah penting untuk diri nya berfikir dan bertindak sebelum semua nya terlambat...

Mugkin ada sesuatu yg boleh kita dapat dari cerita ni:

..:: The Final Doremon ::..




























..Stages in human life.....

Thursday, October 8, 2009

Teen age:

Have Time + Energy ..... but no money


Working Age:

Have Money + Energy..... but no time



Old age:

Have Time + Money ...... but no energy


....LaMa....

Wednesday, October 7, 2009

Lama nya tak menyusun dan mengatur huruf-huruf di blog ni..

Bersawang.. ada niat untuk membersihkan nye, tapi sindrom kemalasan berada pada tahap yang paling kritikal...

Sebenarnye tak ada benda yang menarik yang ingin dikongsi sejak sebulan lebih yang lepas, sejak keputusan dibuat...

Setiap hari benda yang sama yang dibuat.. dilalui..

Mungkin akan berubah, cikit masa lagi.. cuma tidak pasti bila...

Cuma sekarang kehidupan mula berubah menjadi lebih matang dengan setiap perkara yang dilalui...

Setiap yang perkara yang terjadi perlu difikirkan apa sebenarnya di sebalik setiap kejadian itu..

UPSR...

Monday, September 7, 2009

Esok exam UPSR akan bermula..
Mesti adik-adik kita yang darjah 6 tu rasa berdebar-debar..
Adik shida juga adalah salah sorang yang akan menduduki peperiksaan UPSR esok...

Buat shara,

luck is yours wishes are mine..
let's your future be always shine..
Best of Luck

Kenangan...

Tuesday, September 1, 2009















Tadi shida view gambar-gambar kat handphone...
Tiba-tiba terpandang gambar ni..
Rindunya Shida pada mereka semua...
Terutamanya pada yang dah tiada...

Masa buat ni yang ada kat office cuma Shida, arwah Ecah dgn Yana..
Lela g umrah masa tu...
Ili bercuti di Langkawi..
Sebab tu nama dorg xde...
(Fairuz x boleh masuk sebab dia lelaki.. haaa)

Bila teringat semua ni, shida terfikir...
Kita kene hargai setiap masa yang kita ada dengan setiap orang...
Sebabnye kita x kan tahu apa akan terjadi pada hari esoknya...

Yang tinggal hanya kenangan...

Sesuatu yang mungkin terjadi...
Sesuatu yang pasti terjadi.....

Ramadhan

Thursday, August 27, 2009


Assalamualaikum...

Ramadhan datang lagi..

Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepada kita semua untuk menikmati keistimewaan bulan penuh Rahmat ini...

Semoga segala ibadah yang dilaksanakan di dalam bulan mulia ini dapat disempurnakan dengan baiknya...

Amat bertuah kepada mereka yang menyedari betapa besarnya nikmat bulan ini..

Pergi nya seorang sahabat...

Saturday, August 8, 2009

Sedih..
Susah n ak digambarkan perasaan shida sekarang...
Betapa sedih nye hati ini bila kehilangan seorang sahabat...
Pergi yang tidak mungkin akan kembali lagi...

SITI AISYAH BT KOESTIARDY

Tinggal nama dan kenangan yang terpahat dalam hati dan ingatan shida...
Di saat negara dan seluruh dunia diancam satu wabak penyakit yang boleh mendatangkan maut,
Aisyah adalah salah seorang insan yang diuji dengan dugaan besar ini...
H1N1...
Perit untuk diterima ketika dimaklumkan Aisyah disahkan positif penyakit ini..

Tidak sangka...

Aisyah seorang pelajar yang sangat berdedikasi...
Berdikari..
Periang...
Berkempimpinan..
Ceria...

Setiap butir bicara dia boleh mendatangkan keriangan dalam hidup shida... dan orang lain...
Shida mula rapat dengan Aisyah ketika beliau satu kelas dengan shida di universiti..
Hubungan yang terjalin menjadi lebih akrab bila Aisyah diterima menjalani practical di tempat kerja shida...

Hubungan shida, lela dan semua student practical sangat rapat..
Kami buat kerja bersama..
Kami kluar makan bersama..
Menghabis kan masa hujung mingu bersama-sama..
Menyambut hari istimewa bersama-sama..

Saat paling indah bila kami menyambut hari lahir sama-sama kerana bulan kelahiran kami adalah sama...
Yang seronoknye majlis kami diadakan tanpa pengetahuan kami pada mulanye..
Semua dirancang secara senyap oleh lela, fairuz, yana, ili dan tika...

Tapi semua tu dah x de...
tinggal kenagan..
Aisyah tamat practical bulan 6 yang lepas..
Hari terakhir kami berjumpe, dia ada meluahkan,

" Ecah tak tahu bila lagi boleh jumpe k.shida".

Shida tak sangka apa yang diucapkan betul-betul menjadi kenyataan..
Shida tidak mungkin boleh jumpe ecah lagi...

Sedih..
Mata mula berkaca-kaca...

Teringat shida ketika ecah sanggup teman kan shida...
Terima kasih ecah...
Teringat shida ketika shida ada membuat dia rasa kecil hati...
Akak minta maaf ecah....
Teringat shida ketika ecah sanggup menghulurkan bantuan untuk bantu shida menyempurnakan kerja shida...
Akak sayang ecah sangat...

Hari terakhir shida mesg dengan ecah pada 3rd August yang lalu jam 10.42am

Shida:Ecah macam mana sekarng. Akak doakan ecah cepat sembuh
Ecah: Thanks k.shida. Doakan kte cepat sembuh ye. Kte xthn dah dok hospital ni.

Shida terus call dia, tapi reject call

Ecah: Kak, kte xleh angkat tel sbb kte pakai topeng oksigen. Kalau buka nnt kte xleh nak nafas.
........................

ada lagi...
tapi rasanye shida x mampu nak kongsi semua...

Ecah adalah salah seorang yang banyak memberi kenangan yang bermakna dalam hidup shida...
Kehilangannya amat terasa buat shida..

Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Al-fatihah....

AnaK IkaN SaYa...

Monday, July 27, 2009

Saya ada 4 ekor anak ikan...
2 oren..
1 merah..
1 hijau..

Nanti sape2 view blog saya,
bagi la anak ikan saya tu makan ye...
saya mintak tolong..
kita sama-sama jaga..

hahaha

(Saya memang suke bela anak ikan..hee)

Keputusan...

Sunday, July 26, 2009


hmm..
susahnye nak buat keputusan sekarang ni...
macam-macam bermain dalam fikiran ni..
patut ke shida buat mcm ni..
x pe ke?
apa akan jadi untuk hari seterusnye?
apa org kata..?
??????

RISAU..

tapi shida kene buat jugak..
kene fikir untuk diri sendiri...
penat nak berhadapan dgn semua ni..
jujurnye, ini adalah salah satu keputusan yg besar yang shida kene decide dlm hdup ni...
perlu ke shida bagi lagi cikt masa...?
perlu ke shida bertahan...?
perlu ke shida bagi peluang...?

jujurnye...
shida dh x sanggup...

lemah sangat ke shida ni?
lembik ke?
x kuat ke?
manja ke?

TIDAK..
bukan semua tu...

shida dah cube nak bertahan..
dah lama dah..
dan sekarang..
shida dah sampai satu tahap..
shida dah x mampu..

shida dah buat keputusan..
shida dah luah kan apa yang shida nak buat..
orang kata, terlajak perahu boleh undur, terlajak kata............
dah x boleh tarik balik dah...

dan ini dah berlaku...
shida rasa shida x menyesal dgn apa yang shida buat...
cume shida takut...
takut apa yang shida buat,
salah sebenarnye...

YA ALLAH,
kuat kan la hamba-Mu ini..

semalam...

Saturday, July 18, 2009

semalam shida test driving..
alhamdulillah..
shida lulus...
happy sangat...
dh boleh bwk kete dh lepas ni...

(congratulation untuk diri saya sendiri..hee)

semalam besday atuk shida...
sempat la belikan kek...
jd makan sama-sama dgn atuk,ayah n adik2 ,mak ngah n family, ucu n p.ucu


(Happy birthday atuk...)

semalam adik shida balik dari Perak..
lama x jumpe dia..
dia sampai dlm kul 3..
pagi ni sempat jumpe jap sebab lepas ni shida nak balik JB dh...
esok kene keje...
huhuhu.. (ahad pun kene keje)


(ami, dapat jumpe awk sekejap je.. jap lg nak balik dah)

semalam ada cite Nur Kasih kat TV3..
shida suke cite 2...
tp semalam x sempat tenguk cite tu kul 9 sebab ada kat rumah atuk..
balik-balik rumah terus bukan internet..
tv3.com
nasib baik boleh tgk kat citu...
jd x la tertinggal cite 2...

(Suke sangat cite ni..)

pizza

Sunday, July 5, 2009

Semalam try buat pizza...
kelakar pun ada coz tak pernah buat,
tapi teringin plak nak buat...

petang tu kluar dgn ayah n emak n adik g beli bahan-bahan nak buat pizza..
kalut juga cari bahan kat supermarket tu coz shida x biasa m'beli belah kat citu..
masa nak bayar, terjumpa kawan sekolah..
bergossip pulak kat citu...
heeee..

balik dalam kul 9 mlm..
terus buat roti pizza..
kene buat awal sebab nak kene biarkan roti tu naik..
dah siap buat roti, terus buat inti pizza...

dan akhirnye, ni la pizza yang dapat dihasilkan..
walaupun x secantik pizza kat kedai,
walaupun s sesedap pizza yang org lain jual,
tapi yang penting hati puas...
puas sebab dapat cuba buat benda yang x pernah shida buat..

ni la pizza nye...


yang ni pizza yang belum dibakar.. adik shida yang letak keju tu banyak2.. dia cakap lagi sedap letak banyak2... tp ada 'kawan' saya kata, "awk letak kueh tiaw ke atas pizza 2?" heeeee... nampak la sangat pizza tu buruk... tp x kira, nak upload gak gmbrnye...


yang ni pizza yang dah siap dimasak.... xcantik... tapi shida puas hati...
maybe lepas ni korang blh try buat sendiri...
P/s:
oja..
shida dah buat..
tapi mcm mana nak pos kat oja...
oja jauh