..Interview..

Friday, November 13, 2009

halo kawan-kawan..

Pagi tadi shida g interview.. alhamdulillah semua nye berjalan lancar.. shida harap sangat shida dapat kerja balik lepas 3 bulan berehat panjang....

Rasanya dah cukup lama berehat dan perlu mula bekerja balik.. hidup perlu diteruskan... hee~

Biasa la bila interview macam-macam soalan yang dia bagi.. td antara soalan yang dia tanya pasal "how to record account receivable transaction?" Interviewer bagi situations and shida kene record.. mula la shida menyebut debit and credit selepas lama tinggalkan benda tu (3 bulan lama tau).. rasa macam kene soal dengan lecturer je.. hee~ nie 1st time interviewer suruh record transaction.. interview sblum2 ni x de yang suruh buat journal entries.. huh, nasib baik x kaku + blank.. alhamdulillah..

Dan seperti yang shida dh jangkakan mesti dia akan tanya soalan ni...

"WHY YOU LEAVE YOUR COMPANY BEFORE??"

and ni la part yang paling shida x suke untuk jawab sebab sampai sekarang shida tak tahu apa jawapan yang patut shida bagi walaupun shida dh rasa soalan yang ni yang akan ditanya...
(ada sape-sape nak tolong bagi kan jawapan tak?)

and bila dah start jawab mula la kluar soalan-soalan lain yang berkaitan dengan soalan di atas..

WHY? WHY? n......... WHY?

hok..hok...

dan semestinye masa tu berputar-putar dalam kepala shida jawapan-jawapan yang perlu shida bagi dan sekaligus berharap soalan-soalan ni akan berakhir dengan cepat nya..

tak pe la...

shida yang mewujudkan keadaan tu, dan shida perlu berhadapan dengan keadaan seterusnya...

...:: saya tak tahu knp saya rasa nak cite pasal interview kali ni berbanding dgn interview2 lain ::...

..The Final Doremon...

Sunday, November 8, 2009

salam..

Lama nya tak tulis apa-apa dalam blog ni.. nak mewujudkan satu blog tu mudah.. tapi untuk memastikan ia selalu update, amat la sukar.. huhu..

Kali ni shida nak share sesuatu..

Orang kata kehidupan sesorang manusia tu boleh berubah jika ada berlaku sesuatu dalam hidupnya terutamanya bila yang berlaku itu melibatkan seseorang yang sangat penting dalam hidupnya..

Berubah kepada yang lebih baik atau sebaliknya adalah terletak kepada individu itu sendiri..
Alangkah beruntungnya jika perubahan yang berlaku itu membawa dirinya ke arah yang lebih baik.. bermakna apa yang berlaku itu membawa kebaikan..

Tetapi,

Jika yang berlaku itu membawa diri mereka kepada sesuatu yang tidak membawa kebaikan kepada nya, adalah penting untuk diri nya berfikir dan bertindak sebelum semua nya terlambat...

Mugkin ada sesuatu yg boleh kita dapat dari cerita ni:

..:: The Final Doremon ::..