..The Final Doremon...

Sunday, November 8, 2009

salam..

Lama nya tak tulis apa-apa dalam blog ni.. nak mewujudkan satu blog tu mudah.. tapi untuk memastikan ia selalu update, amat la sukar.. huhu..

Kali ni shida nak share sesuatu..

Orang kata kehidupan sesorang manusia tu boleh berubah jika ada berlaku sesuatu dalam hidupnya terutamanya bila yang berlaku itu melibatkan seseorang yang sangat penting dalam hidupnya..

Berubah kepada yang lebih baik atau sebaliknya adalah terletak kepada individu itu sendiri..
Alangkah beruntungnya jika perubahan yang berlaku itu membawa dirinya ke arah yang lebih baik.. bermakna apa yang berlaku itu membawa kebaikan..

Tetapi,

Jika yang berlaku itu membawa diri mereka kepada sesuatu yang tidak membawa kebaikan kepada nya, adalah penting untuk diri nya berfikir dan bertindak sebelum semua nya terlambat...

Mugkin ada sesuatu yg boleh kita dapat dari cerita ni:

..:: The Final Doremon ::..




























..Stages in human life.....

Thursday, October 8, 2009

Teen age:

Have Time + Energy ..... but no money


Working Age:

Have Money + Energy..... but no time



Old age:

Have Time + Money ...... but no energy


....LaMa....

Wednesday, October 7, 2009

Lama nya tak menyusun dan mengatur huruf-huruf di blog ni..

Bersawang.. ada niat untuk membersihkan nye, tapi sindrom kemalasan berada pada tahap yang paling kritikal...

Sebenarnye tak ada benda yang menarik yang ingin dikongsi sejak sebulan lebih yang lepas, sejak keputusan dibuat...

Setiap hari benda yang sama yang dibuat.. dilalui..

Mungkin akan berubah, cikit masa lagi.. cuma tidak pasti bila...

Cuma sekarang kehidupan mula berubah menjadi lebih matang dengan setiap perkara yang dilalui...

Setiap yang perkara yang terjadi perlu difikirkan apa sebenarnya di sebalik setiap kejadian itu..

UPSR...

Monday, September 7, 2009

Esok exam UPSR akan bermula..
Mesti adik-adik kita yang darjah 6 tu rasa berdebar-debar..
Adik shida juga adalah salah sorang yang akan menduduki peperiksaan UPSR esok...

Buat shara,

luck is yours wishes are mine..
let's your future be always shine..
Best of Luck

Kenangan...

Tuesday, September 1, 2009















Tadi shida view gambar-gambar kat handphone...
Tiba-tiba terpandang gambar ni..
Rindunya Shida pada mereka semua...
Terutamanya pada yang dah tiada...

Masa buat ni yang ada kat office cuma Shida, arwah Ecah dgn Yana..
Lela g umrah masa tu...
Ili bercuti di Langkawi..
Sebab tu nama dorg xde...
(Fairuz x boleh masuk sebab dia lelaki.. haaa)

Bila teringat semua ni, shida terfikir...
Kita kene hargai setiap masa yang kita ada dengan setiap orang...
Sebabnye kita x kan tahu apa akan terjadi pada hari esoknya...

Yang tinggal hanya kenangan...

Sesuatu yang mungkin terjadi...
Sesuatu yang pasti terjadi.....

Ramadhan

Thursday, August 27, 2009


Assalamualaikum...

Ramadhan datang lagi..

Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepada kita semua untuk menikmati keistimewaan bulan penuh Rahmat ini...

Semoga segala ibadah yang dilaksanakan di dalam bulan mulia ini dapat disempurnakan dengan baiknya...

Amat bertuah kepada mereka yang menyedari betapa besarnya nikmat bulan ini..

Pergi nya seorang sahabat...

Saturday, August 8, 2009

Sedih..
Susah n ak digambarkan perasaan shida sekarang...
Betapa sedih nye hati ini bila kehilangan seorang sahabat...
Pergi yang tidak mungkin akan kembali lagi...

SITI AISYAH BT KOESTIARDY

Tinggal nama dan kenangan yang terpahat dalam hati dan ingatan shida...
Di saat negara dan seluruh dunia diancam satu wabak penyakit yang boleh mendatangkan maut,
Aisyah adalah salah seorang insan yang diuji dengan dugaan besar ini...
H1N1...
Perit untuk diterima ketika dimaklumkan Aisyah disahkan positif penyakit ini..

Tidak sangka...

Aisyah seorang pelajar yang sangat berdedikasi...
Berdikari..
Periang...
Berkempimpinan..
Ceria...

Setiap butir bicara dia boleh mendatangkan keriangan dalam hidup shida... dan orang lain...
Shida mula rapat dengan Aisyah ketika beliau satu kelas dengan shida di universiti..
Hubungan yang terjalin menjadi lebih akrab bila Aisyah diterima menjalani practical di tempat kerja shida...

Hubungan shida, lela dan semua student practical sangat rapat..
Kami buat kerja bersama..
Kami kluar makan bersama..
Menghabis kan masa hujung mingu bersama-sama..
Menyambut hari istimewa bersama-sama..

Saat paling indah bila kami menyambut hari lahir sama-sama kerana bulan kelahiran kami adalah sama...
Yang seronoknye majlis kami diadakan tanpa pengetahuan kami pada mulanye..
Semua dirancang secara senyap oleh lela, fairuz, yana, ili dan tika...

Tapi semua tu dah x de...
tinggal kenagan..
Aisyah tamat practical bulan 6 yang lepas..
Hari terakhir kami berjumpe, dia ada meluahkan,

" Ecah tak tahu bila lagi boleh jumpe k.shida".

Shida tak sangka apa yang diucapkan betul-betul menjadi kenyataan..
Shida tidak mungkin boleh jumpe ecah lagi...

Sedih..
Mata mula berkaca-kaca...

Teringat shida ketika ecah sanggup teman kan shida...
Terima kasih ecah...
Teringat shida ketika shida ada membuat dia rasa kecil hati...
Akak minta maaf ecah....
Teringat shida ketika ecah sanggup menghulurkan bantuan untuk bantu shida menyempurnakan kerja shida...
Akak sayang ecah sangat...

Hari terakhir shida mesg dengan ecah pada 3rd August yang lalu jam 10.42am

Shida:Ecah macam mana sekarng. Akak doakan ecah cepat sembuh
Ecah: Thanks k.shida. Doakan kte cepat sembuh ye. Kte xthn dah dok hospital ni.

Shida terus call dia, tapi reject call

Ecah: Kak, kte xleh angkat tel sbb kte pakai topeng oksigen. Kalau buka nnt kte xleh nak nafas.
........................

ada lagi...
tapi rasanye shida x mampu nak kongsi semua...

Ecah adalah salah seorang yang banyak memberi kenangan yang bermakna dalam hidup shida...
Kehilangannya amat terasa buat shida..

Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Al-fatihah....