....LaMa....

Wednesday, October 7, 2009

Lama nya tak menyusun dan mengatur huruf-huruf di blog ni..

Bersawang.. ada niat untuk membersihkan nye, tapi sindrom kemalasan berada pada tahap yang paling kritikal...

Sebenarnye tak ada benda yang menarik yang ingin dikongsi sejak sebulan lebih yang lepas, sejak keputusan dibuat...

Setiap hari benda yang sama yang dibuat.. dilalui..

Mungkin akan berubah, cikit masa lagi.. cuma tidak pasti bila...

Cuma sekarang kehidupan mula berubah menjadi lebih matang dengan setiap perkara yang dilalui...

Setiap yang perkara yang terjadi perlu difikirkan apa sebenarnya di sebalik setiap kejadian itu..

UPSR...

Monday, September 7, 2009

Esok exam UPSR akan bermula..
Mesti adik-adik kita yang darjah 6 tu rasa berdebar-debar..
Adik shida juga adalah salah sorang yang akan menduduki peperiksaan UPSR esok...

Buat shara,

luck is yours wishes are mine..
let's your future be always shine..
Best of Luck

Kenangan...

Tuesday, September 1, 2009















Tadi shida view gambar-gambar kat handphone...
Tiba-tiba terpandang gambar ni..
Rindunya Shida pada mereka semua...
Terutamanya pada yang dah tiada...

Masa buat ni yang ada kat office cuma Shida, arwah Ecah dgn Yana..
Lela g umrah masa tu...
Ili bercuti di Langkawi..
Sebab tu nama dorg xde...
(Fairuz x boleh masuk sebab dia lelaki.. haaa)

Bila teringat semua ni, shida terfikir...
Kita kene hargai setiap masa yang kita ada dengan setiap orang...
Sebabnye kita x kan tahu apa akan terjadi pada hari esoknya...

Yang tinggal hanya kenangan...

Sesuatu yang mungkin terjadi...
Sesuatu yang pasti terjadi.....

Ramadhan

Thursday, August 27, 2009


Assalamualaikum...

Ramadhan datang lagi..

Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepada kita semua untuk menikmati keistimewaan bulan penuh Rahmat ini...

Semoga segala ibadah yang dilaksanakan di dalam bulan mulia ini dapat disempurnakan dengan baiknya...

Amat bertuah kepada mereka yang menyedari betapa besarnya nikmat bulan ini..

Pergi nya seorang sahabat...

Saturday, August 8, 2009

Sedih..
Susah n ak digambarkan perasaan shida sekarang...
Betapa sedih nye hati ini bila kehilangan seorang sahabat...
Pergi yang tidak mungkin akan kembali lagi...

SITI AISYAH BT KOESTIARDY

Tinggal nama dan kenangan yang terpahat dalam hati dan ingatan shida...
Di saat negara dan seluruh dunia diancam satu wabak penyakit yang boleh mendatangkan maut,
Aisyah adalah salah seorang insan yang diuji dengan dugaan besar ini...
H1N1...
Perit untuk diterima ketika dimaklumkan Aisyah disahkan positif penyakit ini..

Tidak sangka...

Aisyah seorang pelajar yang sangat berdedikasi...
Berdikari..
Periang...
Berkempimpinan..
Ceria...

Setiap butir bicara dia boleh mendatangkan keriangan dalam hidup shida... dan orang lain...
Shida mula rapat dengan Aisyah ketika beliau satu kelas dengan shida di universiti..
Hubungan yang terjalin menjadi lebih akrab bila Aisyah diterima menjalani practical di tempat kerja shida...

Hubungan shida, lela dan semua student practical sangat rapat..
Kami buat kerja bersama..
Kami kluar makan bersama..
Menghabis kan masa hujung mingu bersama-sama..
Menyambut hari istimewa bersama-sama..

Saat paling indah bila kami menyambut hari lahir sama-sama kerana bulan kelahiran kami adalah sama...
Yang seronoknye majlis kami diadakan tanpa pengetahuan kami pada mulanye..
Semua dirancang secara senyap oleh lela, fairuz, yana, ili dan tika...

Tapi semua tu dah x de...
tinggal kenagan..
Aisyah tamat practical bulan 6 yang lepas..
Hari terakhir kami berjumpe, dia ada meluahkan,

" Ecah tak tahu bila lagi boleh jumpe k.shida".

Shida tak sangka apa yang diucapkan betul-betul menjadi kenyataan..
Shida tidak mungkin boleh jumpe ecah lagi...

Sedih..
Mata mula berkaca-kaca...

Teringat shida ketika ecah sanggup teman kan shida...
Terima kasih ecah...
Teringat shida ketika shida ada membuat dia rasa kecil hati...
Akak minta maaf ecah....
Teringat shida ketika ecah sanggup menghulurkan bantuan untuk bantu shida menyempurnakan kerja shida...
Akak sayang ecah sangat...

Hari terakhir shida mesg dengan ecah pada 3rd August yang lalu jam 10.42am

Shida:Ecah macam mana sekarng. Akak doakan ecah cepat sembuh
Ecah: Thanks k.shida. Doakan kte cepat sembuh ye. Kte xthn dah dok hospital ni.

Shida terus call dia, tapi reject call

Ecah: Kak, kte xleh angkat tel sbb kte pakai topeng oksigen. Kalau buka nnt kte xleh nak nafas.
........................

ada lagi...
tapi rasanye shida x mampu nak kongsi semua...

Ecah adalah salah seorang yang banyak memberi kenangan yang bermakna dalam hidup shida...
Kehilangannya amat terasa buat shida..

Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Al-fatihah....

AnaK IkaN SaYa...

Monday, July 27, 2009

Saya ada 4 ekor anak ikan...
2 oren..
1 merah..
1 hijau..

Nanti sape2 view blog saya,
bagi la anak ikan saya tu makan ye...
saya mintak tolong..
kita sama-sama jaga..

hahaha

(Saya memang suke bela anak ikan..hee)

Keputusan...

Sunday, July 26, 2009


hmm..
susahnye nak buat keputusan sekarang ni...
macam-macam bermain dalam fikiran ni..
patut ke shida buat mcm ni..
x pe ke?
apa akan jadi untuk hari seterusnye?
apa org kata..?
??????

RISAU..

tapi shida kene buat jugak..
kene fikir untuk diri sendiri...
penat nak berhadapan dgn semua ni..
jujurnye, ini adalah salah satu keputusan yg besar yang shida kene decide dlm hdup ni...
perlu ke shida bagi lagi cikt masa...?
perlu ke shida bertahan...?
perlu ke shida bagi peluang...?

jujurnye...
shida dh x sanggup...

lemah sangat ke shida ni?
lembik ke?
x kuat ke?
manja ke?

TIDAK..
bukan semua tu...

shida dah cube nak bertahan..
dah lama dah..
dan sekarang..
shida dah sampai satu tahap..
shida dah x mampu..

shida dah buat keputusan..
shida dah luah kan apa yang shida nak buat..
orang kata, terlajak perahu boleh undur, terlajak kata............
dah x boleh tarik balik dah...

dan ini dah berlaku...
shida rasa shida x menyesal dgn apa yang shida buat...
cume shida takut...
takut apa yang shida buat,
salah sebenarnye...

YA ALLAH,
kuat kan la hamba-Mu ini..