Semalam try buat pizza...
kelakar pun ada coz tak pernah buat,
tapi teringin plak nak buat...
petang tu kluar dgn ayah n emak n adik g beli bahan-bahan nak buat pizza..
kalut juga cari bahan kat supermarket tu coz shida x biasa m'beli belah kat citu..
masa nak bayar, terjumpa kawan sekolah..
bergossip pulak kat citu...
heeee..
balik dalam kul 9 mlm..
terus buat roti pizza..
kene buat awal sebab nak kene biarkan roti tu naik..
dah siap buat roti, terus buat inti pizza...
dan akhirnye, ni la pizza yang dapat dihasilkan..
walaupun x secantik pizza kat kedai,
walaupun s sesedap pizza yang org lain jual,
tapi yang penting hati puas...
puas sebab dapat cuba buat benda yang x pernah shida buat..
ni la pizza nye...
yang ni pizza yang belum dibakar.. adik shida yang letak keju tu banyak2.. dia cakap lagi sedap letak banyak2... tp ada 'kawan' saya kata, "awk letak kueh tiaw ke atas pizza 2?" heeeee... nampak la sangat pizza tu buruk... tp x kira, nak upload gak gmbrnye...
pizza
Sunday, July 5, 2009
Posted by shida at 9:57 PM 2 comments
pizza
Saturday, July 4, 2009
Petang ni plan nak buat pizza.
tp x thu la jadi ke tak..
kalau jadi, nnt shida share dgn korang..
daa...
Posted by shida at 3:03 PM 1 comments
bulan lepas
Wednesday, July 1, 2009
pojie bising shida tak update blog ni..
baik la pojie,
atas permintaan pojie, shida update blog ni ye..
lama tak cerita apa2..
bulan lepas lela tak de...
dekat 3 minggu la..
jadi x de aktiviti jalan2 sangat..
g ofis.. balik ofis...
dia jalan jauh sangat..
tinggal kan shida... sunyi tau..
nasib baik dia balik semula..
nasib baik dia x lupa jalan kat jb ni..
heee...
bulan lepas jugak shida ambik test jpj..
sayangnye saya kantoi parking..
hua..hua..
macam mana la nak bawak kete ni..
tapi kck kata, "xpe shida, nnt cuba lagi ye"
lela pun cakap macam 2.. heeeeee...
jadi bulan ni, kene la test jpj lagi..
shida nak LULUS..
dah malas dah nak gi clas driving lagi..
lela cakap dia dah x saba nak naik kete yang shida bwk...
(dah malas nak bawak shida la tu..huuuu)
shida pun dah x saba nak bawa lela jalan-jalan...
ada sape2 nak request nak ikut tak??
offer ni...
kene booking dulu tau..
haaa... kete sape la shida nak rembat ni..?
F*ir** ke????
bagi ke???
Bulan lepas jugak la tarikh akhir bayar tax..
jadi bulan lepas jugak la shida n lela berumah tangga kat ofis..
bulan lepas jugak la ramai org geram dgn kitaorg sebab banyak mesg tak reply...
Bulan lepas juga ada jumpa aini...
dia bersama seseorang.....
(seseorang????)
hee...
lepas tu saje je nak buat gossip baru....
aini, jangan marah...
ini semua pasal bulan lepas walaupun baru sehari berlalu..
banyak lagi ceritanye..... tapi, nanti la...
bulan ini tak tahu la apa critanye..
mungkin ada sesuatu terjadi..
antara
shida
...
lela
...
dan
..............................
huhuu..
entah la....
nnt shida crita..
kalau berlaku la....
hmm..
dalam hidup ni susah nak buat pilihan sebenarnye...
banyak benda yang nak diambil kira...
hope, dapat buat yang terbaik dalam hidup ni..
amin...
Posted by shida at 3:48 PM 1 comments
blurrrrrr
Sunday, June 21, 2009
Haloo..
Huhu. lama nye blog ni tak diupdate..
waaa..
kesian nye..
sebenarnye banyak benda nak share.
tapi tak tahu yang mana perlu dicerita..
dikongsi...
huhu..
jap.. cari idea nak tulis
Posted by shida at 2:55 PM 0 comments
Friday, May 1, 2009
salam..
lama nye tak post apa-apa kat cini..
sunyi..
sepi..
bila dah lama tak online, macam ni la jadi nye..
hari ni 1st May 2009..
semua insan yang bekerja cuti..
kalau yang bekerja pun mesti dapat habuan yang lebih dari biasa..
and macam biasa, bila cuti lama, ramai yang ambil kesempatan buat kerja kahwin..
termasuk la cousin shida ni..
Hari ni family shida bergerak ke majlis perkahwinan tu..
except me... (thanks pd org yang sudi teman shida (",))
hua..hua..hua..
kene tinggal dengan rela hati...
nak tak nak terpaksa tinggal..
semua benda ni terjadi sebab satu cerita..
Alkisah,
shida baru dapat satu case..
buat punye buat,
suddenly bos panggil..
bos: shida,i hope u will submit this report on this coming monday coz client nak. urgent!!!
shida:?????..errr... (dalam hati:boleh siap ke ni?? aku baru dapat, x panas lagi)
shida:saya cube..
bos:saya harap sangat awk boleh buat..
shida: saya cube siapkan puan..
bos: hari isnin, terus submit k.... kalau ada apa2 yang perlu dibetulkan, terus betul kan.. mean hari selasa dah boleh settle..
shida: saya cube puan.. (dalam hati berkira-kira, ada 4hari lagi..errrrr)
huhu.. agaknye sepanjang ada dalam bilik bos tu, cume word "saya cube" je yang shida cakap..
panic sebenarnye.. benda yang selalu 2 minggu shida buat kene buat cepat cikit dari yang selalu..
hmm..
bila dah berfikir panjang, shida decide untuk x join pergi majlis kahwin tu.. shida ambil keputusan bawak balik semua keje and buat kat rumah.. nak naik ofis, rasanye macam malas.. bila buat kat rumah, bila rasa penat cikit, at least boleh online... tak la rasa tertekan sangat..
hehehe...
** to laila, thanks.. tak pasal-pasal, lela pun kene tolong shida.. thanks a lot.
** to pak long, sorry x join majlis tu.. majlis kat rumah p.long akak janji, akak akan pergi....
Posted by shida at 8:10 AM 3 comments
Result
Saturday, March 14, 2009
Salam..
Dah lama rasanya tak update blog ni... bila dah lama tak update, banyak benda yang nak dikongsi bersama...
Last Thursday, result SPM keluar...
Dalam hidup ni, antara perkara-perkara yang membuatkan jatung kita berdegup kencang ialah bila nak ambil result...
Kalau tanya semua orang, mesti mereka akan mengatakan perkara yang sama
TAKUT.. BERDEBAR...
Tahun ni, adik shida yang No.3 ambil result SPM
Pagi tu, mesg K.wati inform dia yang shida nak ambil half day...
Salah satu sebab nak ambil half day sebab nak gi sekolah Ami..
Kebetulan tempat kerja shida dekat dengan sekolah Ami..
Jadi, dh alang-alang dekat, shida pergi sekolah dia...
Sampai kat sekolah ami dalam kul 11 lebih..
ramai pelajar yang tengah tunggu nak ambil result...
huhu.. masa tu teringat masa nak ambil result masa zaman sekolah dulu2..
terdetik dalam hati, mesti dorang semua ni tengah berdebarkan.
Sampai-sampai je sekolah ami, terus call ami
"If dah dapat result, terus call akak coz akak ada kat luar sekolah awak"
shida nak masuk dalam, tapi, sebab ramai sangat, shida pun tak jadi masuk...
lela park kereta kat luar sekolah...
dah lama tunggu, ami tak call jugak..
jadi shida ambil keputusan call dia..
alhamdulillah...
dengan izin tuhan, dengan berkat usaha dia selama ni, dengan doa mak n ayah, dengan sokongan semua,
ami dapat 9A
Semoga cita-cita ami nak sambung pelajaran ke bidang yang dia inginkan tercapai..
Insya-allah..
Posted by shida at 11:57 AM 3 comments
Monday, February 9, 2009
Salam..
Rasanya lama dah tak tulis apa-apa kat blog ni.. Salah satu sebab dah lama tak tulis coz kat rumah sewa sekarang tak de internet. Jadi aktiviti mengekses internet ni jadi sangat la terhad. Bila balik je baru boleh online..
Dah dekat 3 bulan tinggalkan kawan-kawan, tinggalkan uitm, tinggalkan lecturer, tinggalkan rumah kat bendahara, tinggalkan family mak lang yang baik, tinggalkan segamat.. apa kaba semua ye...? hmm.. rindu sebenarnya bila ingat semua.. seronok.. nak compare dengan life sekarang, everything totally different..
Hari tu balik keje, sis ela call.. kebetulan dia ada kat JB. Kluar sekejap dengan sis ela.. walaupun sekejap, tapi banyak benda yang kitaorang borak... ni baru jumpe sis ela. belum jumpa yang lain.. hmm.. tiba-tiba ingat kat sal.. apa kaba sal ye... dah lama tak mesg dia sebenarnye... dah lama tak kongsi cerita apa-apa dengan dia.. rindu pulak rasanya..
kalau dulu, malam shida boleh tahan sampai kul 3am still tak tido.. tapi sekarang, bila jarum jam tu dah kat nombor 11, huh, mata ni start nak tutup.. penat... aktiviti malam menjadi semakin berkurang.. haha.. rasa nak tido, tido, dan tido.....
dulu shida selalu geram bila mesg2 shida tak dibalas oleh orang-orang yang bekerja ni.. alasanya tertido.. tapi bila dah berada dalam keadaan dorang, baru tahu, mmg nikmat tido tu sebenarnya.. hehe..
cuti 3 hari ni, shida tak buat apa-apa pun.. memang merehatkan diri.. hee... hari sabtu pagi ikut ayah pergi BP Mall, petang gi blaja driving, semalam g rumah nenek... n hari ni shida duduk rumh je coz petang ni dah nak balik....
hmmm...
sebenarnye shida nak cakap..
shida rindu kawan-kawan shida..
Posted by shida at 12:30 PM 3 comments







