Kembali ke rahmatullah

Friday, December 12, 2008

Tadi baru je (11.35pm) dapat sms dari roomate yang saya sayang sgt.. Salasiah bt. Hj. Maulud. Sal beritahu shida yang ayah dia baru je meninggal dunia.. Dapat mesg shida terus call sal... Sebak suara dia.. tiba-tiba hati shida rasa sayu.. turut sebak.. Dapat rasa apa yang sal rasa sekarang... Pergi nye seseorang yang paling disayangi.. lebih-lebih lagi orang yang banyak berkorban dalam hidupnya..

Untuk sal,

Banyak-banyak bersabar.. Allah sayangkan ayah Sal.. Semoga Dia tempatkan ayah sal di kalangan orang-orang yang beriman...

Amin


Al-Fatihah

** Setiap yang hidup pasti akan pergi.. itu SESUATU YANG PASTI...

Air sejuk + Ais = ?

Wednesday, December 10, 2008


Air sejuk + Ais = ?

Shida ni suke sangat minum ais dgn air sejuk.. Tak kira la bila pun.. Pagi2 pun kadang -kadang shida minum je.. Tapi habit ni ramai orang cakap x baik untuk kesihatan.. Housemate shida dulu ada juga yang bising dengan habit shida ni.. Bad for healty they said.. thanks kawan for the advise.. Ada juga shida cuba untk tak minum air sejuk or ais dalam sehari... Tp................................ huhu..

Tadi surf internet... tiba-tiba shida jumpe sesuatu yang mungkin boleh dikongsi sama-sama.. Tak sangka, dalam ramai org kata ais ni banyak keburukan nye, tapi rupa-rupanya, ada jgk kebaikan nye...

nie antara apa yang shida jumpe:

1) Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

2) Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

3) Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bacteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

4) Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

5) Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

6) Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

7) Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

8) Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

9) Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

10) Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

11) Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

12)Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

13)Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

14)Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan system penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

15) Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

16) Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

17) Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

18) Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

19) Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

11) Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

12) Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

13) Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.


hmmm... jadi, x salah la nak minum air sejuk kan... hehehehhehehehe...

Interview




Halo..

Hari ini shida nak share apa yang berlaku hari ini... pagi tadi shida pegi interview kat Johor Baru.. Bertolak dari rumah pukul 8 am sebab interview tu start pukul 10.30 am... Sebenarnya x pernah pun attend any interview sebelum ni... hmm... eh.. pernah.. tp lain sikit rase nye.. interview untuk apply kemasukan ke maktab perguruan.. Ayah and ee ikut pegi interview.. Ucu pun ikut.. kebetulan ucu keje ptg tu, jadi dia ikut sekali... ee ikut sebab dia agak familiar dengan jln-jln bandar jb tu.. tp rasanye ucu lagi banyak tunjuk jalan sebab tiba2 pagi tu ee sakit perut.. hehe.. shida yang nak interview, ee yang nervous. huhu..

Sampai2 kat jb, teringat nak beli sampul surat nak isi resume.. singgah kat bandar baru uda jap.. disebabkan banyak tempat yang disinggah, sampai kat area tempat interview tu dalam kul 10am.. cuak jugak sebab interview kul 10.30... tapi disebabkan dah nampak bangunan yang hendak dituju, reda sikit cuak tu.. huhu.. tapi dalam hati ni, ya allah, tuhan je tahu,, takut sebenarnye..

Malam tadi sebelum interview, ada jugak buat preparation sikit-sikit... latar belakang company.. scope kerja as financial planner, keadaan ekonomi semasa... hmm... buat semua ni dengan harapan supaya sesi tu berjalan dengan lancar. Dapat ke x, tu semua kuasa allah, shida cuma bersedia apa yang patut, berusaha dulu kata orang.. if ada rezeki, alhamdulillah, if x, x pe, mungkin ada peluang lain lepas ni, yang paling penting, pengalaman interview tu... shida dapat experience, then shida share dengan semua org... harap-harap lepas ni ada orang yang sudi share dengan shida.... Lagi satu sebenarnye tak nak malukan nama 'U' yang kita bawa.. Malu kalau tak buat yang terbaik.. penat lecture ajar cara communication skills... hmm.. ni la masanye nak gune segala ilmu yang ada tu... Thanks to all my lecturer..

hmm.. sambung balik.. sampai kat sana kul 10.05am.. ada lagi 25 minit.. huhu.. berdebar-debar.. sampai-sampai guard bawa shida g bilik interview tu..then, terus kene isi form.. maklumat peribadi... duduk dalam 10 minit, terus kene panggil... thanks to all staff there, u all really nice.. thanks a lot...
masa sesi interview, ni soalan2 yang ditujukan kat shida:

mula-mula...
1. Introduce myself.

then, antara soalan yang disoal:
2. kenapa cik pilih profession ini?
3. apa pendapat cik tentang kesan masalah ekonomi global terhadap banking industry
4. berikan pendapat anda tentang industry insurance di negara kita.
5. Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil, mampukan setiap industry yang ada di malaysia ini boleh bertahan dan bagaimana cara untuk memastikan yang setiap industry tu boleh bertahan...

hmm... tu la antara soalan-soalan nye.. semua tu dia mintak pendapat..

ni sebahagian pengalaman yang shida dapat share dengan semua.. maybe lepas ni shida dapat pula baca experience dari org lain...

shida rasa, kawan-kawan boleh try surf web ni KEMENTERIAN SUMBER DAN MANUSIA,
untuk apply keje.. kita cube.. mana tahu boleh dapat kan... x pe la keje tu biasa-biasa je.. jangan memilih ayah shida nasihatkan shida.. baru-baru ni ayah cakap dengan shida, "PELUANG HANYA DATANG SEKALI DALAM HIDUP" shida pegang kata-kata tu.. too meaningful!!!!

Ni address nye:
http://www.mohr.gov.my

g kat citu then, g kat
Job Registration and Matching (Job Malaysia) -
' Gerbang Kerjaya Interaktif Anda '

mana tahu rezeki korang ada kat citu... Allah sahaja yang tahu..


halo...

Sunday, December 7, 2008

Haha.. rasa nye macam dah lama x update blog ni.. busy cikit.. busy dengan keje yang bukan-bukan.. hehehe.. sebenarnye skarang shida tengah siapkan jahit manik kat baju yang bakal nak dipakai hari perkahwinan cousin shida nnt.. huhu.. tp x thu la sempat siap ke tak.. hehe

Nie pun baru balik dari class driving.. surf internet jap.. esok dah hari raya Aidiladha.. Selamat hari raya semua.. jadi petang ni dah sibuk tolong emak kat dapur.. Tahun ni lain sikit sambutnnye.. walaupun x semeriah hari raya Aidilfitri, tapi meriah jugak la rasanye sebab tahun ni nenek shida raya kat rumah shida... Nenek cakap nak tinggal sini sementara shida ada.. X pe la.. bila lagi nak bersama-sama dengan nenek.. Nenek pun dah x kuat lagi.. Jadi sementara ada peluang ni, jadi rasanya baik digunakan sepunuhnye.. huhuh.. Esok, semua adik beradik emak kumpul kat rumah.. Jadi meriah cikit kot.. Selalunye kalau hari raya aidiladha x de la sambut macam ni sekali..

Hmm.. This coming Wednesday, I have an interview at JB.. Financial planner position.. huhu.. apa la tu.. x ready apa-apa lagi.. esok dh sibuk dengan hari raya.. mean kene buat full preparation hari selasa ni.. wish me luck...

Untuk kawan-kawan yang x jemu melawat blog shida ni, thanks sgt2... Selamat Hari Raya Aidiladha... Shida rindu kamu semua...

Birthday

Wednesday, December 3, 2008

Today is my father birthday... Happy birthday father.. May Allah always bless u... and tomorrow is my younger sister birthday... happy birthday sister...

Cool 3d Floating Art

Monday, December 1, 2008

for me, this is very fantastic arts... watch out....







amazing city...

Setenil de las Bodegas is a city located in the province of Cádiz, Spain. Part of this small Spanish town is covered by a large cliff. And this big piece of stone looks like it could come tumbling down on tens of houses if an earthquake happens in the area.