Ramadhan

Thursday, August 27, 2009


Assalamualaikum...

Ramadhan datang lagi..

Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepada kita semua untuk menikmati keistimewaan bulan penuh Rahmat ini...

Semoga segala ibadah yang dilaksanakan di dalam bulan mulia ini dapat disempurnakan dengan baiknya...

Amat bertuah kepada mereka yang menyedari betapa besarnya nikmat bulan ini..

Pergi nya seorang sahabat...

Saturday, August 8, 2009

Sedih..
Susah n ak digambarkan perasaan shida sekarang...
Betapa sedih nye hati ini bila kehilangan seorang sahabat...
Pergi yang tidak mungkin akan kembali lagi...

SITI AISYAH BT KOESTIARDY

Tinggal nama dan kenangan yang terpahat dalam hati dan ingatan shida...
Di saat negara dan seluruh dunia diancam satu wabak penyakit yang boleh mendatangkan maut,
Aisyah adalah salah seorang insan yang diuji dengan dugaan besar ini...
H1N1...
Perit untuk diterima ketika dimaklumkan Aisyah disahkan positif penyakit ini..

Tidak sangka...

Aisyah seorang pelajar yang sangat berdedikasi...
Berdikari..
Periang...
Berkempimpinan..
Ceria...

Setiap butir bicara dia boleh mendatangkan keriangan dalam hidup shida... dan orang lain...
Shida mula rapat dengan Aisyah ketika beliau satu kelas dengan shida di universiti..
Hubungan yang terjalin menjadi lebih akrab bila Aisyah diterima menjalani practical di tempat kerja shida...

Hubungan shida, lela dan semua student practical sangat rapat..
Kami buat kerja bersama..
Kami kluar makan bersama..
Menghabis kan masa hujung mingu bersama-sama..
Menyambut hari istimewa bersama-sama..

Saat paling indah bila kami menyambut hari lahir sama-sama kerana bulan kelahiran kami adalah sama...
Yang seronoknye majlis kami diadakan tanpa pengetahuan kami pada mulanye..
Semua dirancang secara senyap oleh lela, fairuz, yana, ili dan tika...

Tapi semua tu dah x de...
tinggal kenagan..
Aisyah tamat practical bulan 6 yang lepas..
Hari terakhir kami berjumpe, dia ada meluahkan,

" Ecah tak tahu bila lagi boleh jumpe k.shida".

Shida tak sangka apa yang diucapkan betul-betul menjadi kenyataan..
Shida tidak mungkin boleh jumpe ecah lagi...

Sedih..
Mata mula berkaca-kaca...

Teringat shida ketika ecah sanggup teman kan shida...
Terima kasih ecah...
Teringat shida ketika shida ada membuat dia rasa kecil hati...
Akak minta maaf ecah....
Teringat shida ketika ecah sanggup menghulurkan bantuan untuk bantu shida menyempurnakan kerja shida...
Akak sayang ecah sangat...

Hari terakhir shida mesg dengan ecah pada 3rd August yang lalu jam 10.42am

Shida:Ecah macam mana sekarng. Akak doakan ecah cepat sembuh
Ecah: Thanks k.shida. Doakan kte cepat sembuh ye. Kte xthn dah dok hospital ni.

Shida terus call dia, tapi reject call

Ecah: Kak, kte xleh angkat tel sbb kte pakai topeng oksigen. Kalau buka nnt kte xleh nak nafas.
........................

ada lagi...
tapi rasanye shida x mampu nak kongsi semua...

Ecah adalah salah seorang yang banyak memberi kenangan yang bermakna dalam hidup shida...
Kehilangannya amat terasa buat shida..

Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Al-fatihah....