Paku di dinding...

Saturday, January 24, 2009

shida suke mesg dalam cerita ni..
jg nak kongsi dengan semua orang...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku..

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok
tersebut dan berkata

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi
lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan
kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau
melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan
luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan
membunuhnya. Tetapi ingatlah,tak kisah walau berapa kali pun kau memohon
maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di
hati adalah lebih pedih dari luka yang nampak di mata".

ada luka di hati saya :(



1st.... 2nd..... 3rd

Hai friends..

Lama rasanye tak tulis apa-apa kat blog ni..

Rasa macam banyak perkara yang nak dikongsi bersama..

Cume tak tahu yang mana patut dikongsi..

Di cerita..

Hmm..

1st pasal keje..

Don’t know why, dalam beberapa hari ni, shida macam tak de perasaan bila fikir pasal keje, actually this is something bad for me.. dah masuk tahap kritikal ni… Pergi ofis, tapi jiwa ni rasa kosong… kosong….. kosong…. Risau sebenarnye.. takut nanti kerja yang dibuat tak jadi sempurna disebabkan semua ni.. tak tahu apa yang ada dalam mind ni.. Tak pasti.. sob..sob.. sebenarnye have something yang buat shida rasa everthing is nothing….tension.. Huaaaaaa.. kenapa ye shida didatangi dengan perasaan yang bukan-bukan ni.. I hate all this kind of feeling.. hope benda ni tak berterusan.. to****, plz fahami saya… sometimes I can’t be like what u want….really tired with all this thing..

2nd pasal office mate..

I really enjoy dengan office mate shida.. kat situ ada 4 student practical.. 2 daripadanye dari uitm yang sama dengan shida.. Ili n eca.. yang lain, yana dari politeknik perak and fairuz dari unisel…

mula-mula masuk dulu, dorang ni senyap je even dh kenal dengan ili dengan eca.. time buat kerja, dorang focus la yang amat sangat.. nak kacau pun takut.. nak tegur fairuz, lagi la tak kenal kan… huhu..

Tapi tu semua 1st week je.. masuk 2nd week, dorang semua dah jadi bising macam shida ngan lela.. haha.. seronok usik dorang semua ni.. nasib baik la diaorang ni semua satu kepala… ili yang senyap tu pun dah banyak cakap sekarang.. eca tu mmg dah sedia banyak cakap.. bertambah-tambah lagi la… haha. Yang si fairuz tu pulak terlebih rajin.. habis semua computer yang kat ofis tu dia betul kan… siap service air cond lagi.. huhu.. thanks fairuz, at least, sejuk sikit la kat ofis sekarang ni.. yana pulak, asyik buat lawak je.. haha.. i like her smile...

3rd pasal kawan-kawan..

Hari tu dapat mesg dari poji.. dia dah dapat keje kat Damansara.. Congrat poji.. nnt boleh la ye open table.. poji dah janji kan….x saba ni.. hehehe.. hari sabtu lepas kck turun jb. Gi jalan-jalan kejap.. Hanim pun ada.. jalan-jalan g rumah sis ela.. lepas tu g angsana.. kat angsana jumpe aliya.. aliya berithu dia ada interview kat audit firm.. cerita punye cerita, rupa-rupanya dia interview kat audit firm yang memang la berkait rapat dengan tempat keje shida sekarang ni..

** Aliya, if u get the job, senang sikit la shida dgn lela lepas ni.. everthing boleh ktorg berurusan dengan aliya je… hehehehehehehe...


Tempat kerja

Sunday, January 4, 2009

Hmm.. hari ni nak cerita pasal tempat kerja.. actually sekarang shida kerja kat tempat shida practical sebelum ni... habis belaja, kebetulan k.syina yang kerja kat sana dapat offer kat tempat lain.. awal-awal masuk kerja shida masih macam tak percaya.. tak tahu dah betul-betul ready ke belum.. tapi kalau ikut kan hati, sebenarnye masih malas nak fikir kerja.. (teruk betul, semua orang nak kerja, shida tak nak.. huhu).. tapi bila dah fikir betul-betul, x pe la.. x salah terima kerja ni.. at least shida dapat experience.. hari-hari bagun pagi shida kene cakap dengan diri shida, "shida kena cuba, buat yang terbaik, kalau orang lain kata shida boleh, mean shida kene buktikan yang shida boleh...." hmmmmm....

hari 1st datang ofis, tujuan utama nak jumpe k.syina.. dia briefing pasal keje yang patut shida kene buat.. sebenarnye shida masih takut.. huhu.. sebelum ni, apa yang shida buat, shida akan d guide oleh k.syina.. n everthing kerja shida akan d review oleh k.syina dulu sebelum di finalkan. tapi sekarang everything dah berbeza yang amat-amat sangat.. shida kene buat sendiri and sekarang shida pulak kene review kerja-kerja student practical.. huhu.. jujurnye shida masih tak berani sangat.. x thu la kenapa.. bila nak datang confident ni pun shida tak tahu.. tapi nasib baik staf kat situ baik-baik.. k.wati (bos) cakap dgn shida, " x pe, buat perlahan-lahan, belajar sikit-sikit, lama-lama mesti boleh buat..." thanks k.wati.. at least dengan kata-kata tu shida jadi lebih confident.. huhuhuhu..

kalau ikut jiwa ni, shida lebih berminat untk involve dalam education profession. shida suka mengajar nak bercakap.... lebih ke arah tu.. kalau nak jadi lecture, kene sambung master.. jadi sekarang ni, nak sambung belajar ke master level ada dalam plan shida... tgk la.. shida merancang.. tuhan menentukan.. kalau ada rezeki, shida sambung lagi.. kalau tak pun, shida berminat jugak menjadi seorang warga pendidik.. so, to be a teacher, shida kene ambil KPLI.. application untuk kemasukan KPLI ni kluar bulan 4 nanti.. lama lagi tu... so, setelah berfikir panjang, sementara untuk semua benda yang tak pasti lagi tu, baik shida ambil peluang pekerjaan yang dah ada kat depan mata ni... at least, masa yang shida ada tak terbuang untuk perkara-perkara yang tak berfaedah... kat tempat kerja ni, lela pun kerja sama... jadi shida ngan lela dudk satu rumah.. lagi seronok kalau kck ada macam masa practical dulu.. tapi, kck tak dapat turut serta kali ni..


** hmm.. hr ni 4hb januari, shida rasa macam ada someone yang shida kenal sambut birthday hr ni.. tapi shida x ingat.. sape ye...???

halo...........

Saturday, January 3, 2009

halo friends..
dah lama tak tulis apa-apa kat blog ni..
busy sebenarnye... (busy ke?) huhu
sibuk pindah rumah coz sekarang shida dh start keje
dapat keje kat JB.. bandar baru uda..
awal-awal keje ni, banyak benda yang shida kene belaja..
so, nnt bila ada masa free, kita cerita pasal keje k..

see u next time.. daaa